CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 March 2012

Jalan

Assalamualaikum 
 
Apa khabar hadek hadek yang pastinya busy dengan homework yang banyak tahap gaban ? apatah lagi kalau anda seorang pelajar harapan dan juga kebanggan sekolah dan ibu bapa kan ^^     oopsss.serta masa cuti seminggu ini sudah tentu calendar ditanda dengan bermacam macam kelas tambahan buat memenuhi kesibukan harian sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini (:
lantas,percutian menyeronokkan penuh masyuk terpaksa dilupakan sementelah ibu bapa tidak perlu bersusah payah hendaknya memikirkan lokasi bercuti bagi tahun ini . huh.

oh,untuk para mahasiswa mahasiswi harapan bangsa agama dan Negara juga
 sudah tentu ada di antaranya yang bertungkus lumus siang malam tanpa mengenal erti jemu lelah menyiapkan assignment yang super banyaknya.apa lagi dengan exam yang bakal menjelang.ohh,kusutnya.serasa dunia nie berlalu begitu pantas tanpa sempat anda menghadamkan barang sesuap nasi dengan selesanya pun,kan ?

*kool je even busy seperti Encik Perdana Menteri.whahaa !



 sampaikan orang minta tolong ajarkan mana yang patut pun kita tak sempat kan.jawapan standard,busy.jawapan jaga hati,kau tunggu aku free nanti aku ajar kau.tunggu punya tunggu,akhirnya anda menyepi.si peminta tolong pun pasrah.mencari orang lain lagi baik bisik hatinya.

mungkin anda kena ingat balik sesuatu :


derma !atau sedekah ? yes,betul tu bahasa inggerisnya mungkin donation.entah,bukan pakar pun BI nie.hehe . atau pun bahasa canggih sikit nafkahkan harta yang ada ke jalan Allah :)
sedekah itu tak semestinya dalam bentuk :

wang ini ana yang punya.kahkah


Ilmu yang ada bukan untuk kita pakai sorangsorang.bukan untuk bermegah dada menandakan anda yang paling berilmu.ohhh.tidak ! tidak ! kita semetinya memberi sedekah mengikut kemampuan kita kan.lantas,jika ilmu yang ada,curahkanlah dan diniatkan kerana Allah.Insya-Allah,akan bertambah tambah ilmu yang ada.Kan Allah dah cakap tu.

Mungkin kerana berita atau pun paparan media massa baru baru nie mengatakan kebanyakan orang yang meminta sedekah itu hanyalah sindiket,lantas anda juga tidak mahu lagi bersedekah.kurang kepercayaan katanya.tiada tempat untuk menaburkan wang ringgit.bersedekah di jalan Allah tu ada di mana mana dan pelbagai caranya.paling mudah caranya masukkan sahaja wang ringgit anda ke dalam tabung masjid ! 

Ilmu tiada,wang pula cukup cukup makan ? jangan risau.anda masih boleh bersedekah.dengan cara paling mudah dan ampuh.Insya-ALLAH !berdoalah untuk sahabat dan orang orang yang anda sayangi.perkara mustahil untuk kita lakukan tp perlu kita lakukan : berkata kata secara penuh sopan dan mengeluarkan ayat sebaik  mungkin juga sedekah.
apa lagi ? mengalihkan sesuatu benda yang menghadang jalan juga sedekah.huuu.senangnya nak buat amal , nak dapat pahal,tapi....payahnya nak buat ? kankan.

syarat sedekah lagi best : jangan mengungkit dan jangan menunjuk.!tidak perlu memanggil para wartawan untuk memberitakan hal anda membersihkan jalanan yang penuh sampah.memanggil para photographer untuk mengambil gambar anda menurunkan ilmu yang baik baik kepada orang lain.menghubungi CNN untuk memberitahu bahawa anda baru sahaja mendermakan sejumlah wang dengan nilai 10 sen siap buat replika cek besar besar untuk menyerahkan wang derma kepada rumah anak anak yatim.tidak perlu ! sesungguhnya sedekah yang disembunyikan itu lebih baik,kan ? tidak mengundang riak dan takabur. tetapi,jangan lupa juga dengan ini.

Friday 6 January 2012

Allah Itu Dekat :D:D

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah,kita masih berada di bawah naungan rahmat Allah untuk terus bernafas di muka bumi  ini yang segala-galanya adalah milik-NYA.Tahun 2012 sudah pun menjengahkan diri.Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.Insya-Allah,semoga kita semua diberkati DIA :)


Betapa indahnya ayat Allah,semua kata kata DIA memang untuk penyembuhan kepada hati hati yang sedang walang lagi berlagu pilu.Kadang kadang kita je yang buat endah tak endah,kan?Contohnya,ayat kat bawah nie,meh kita baca tafsir dia kejap.




Terjemahan ayat :Surah Al Baqarah ayat 186

Ertinya :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)


Dah terang terang Allah tu nyatakan dalam ayat nie memang DIA tu dekat dengan kita.Kerana,pernah suatu ketika pada zaman nabi ada yang bertanya di mana Allah.?Allah itu dekat.Sebab tu turunnya ayat ini.Bukankah ayat ini boleh menggembirakan hati orang yang lagi bersedih kerana permasalahan dunia?Jangan ragu ragu lagi di mana DIA.


Betapa Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kan,sebab dengan berdoa aje dia akan makbulkan doa kita.Oleh sebab itu,bermohonlah dengan dia.Nak berdoa bukannya susah mana pun.Doa je la pakai bahasa ape pun.Allah the Greatest sebab dia tu kan Maha Kaya lagi Maha Mengetahui,kan?Tapi mohonlah yang baik baik.Allah tahu yang terbaik untuk hamban-NYA.


Kadang kadang Allah tak bagi apa yang kita nak,tapi Allah bagi apa yang kita perlu.Contoh,kita mohon diberikan barang secebis kekuatan,Allah akan hadirkan sebuah ujian kehidupan buat kita.Kerana dari situ kita akan belajar camne nak atasi masalah tu dan secara tak langsung memupuk hati untuk terus bersabar dan bertahan sedaya upaya kerana yakin dengan-NYA.


Beriman kepada Allah means that kita kena ikut segala perintah dia.Mengikut apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarangnya.Tapi,selalunya kita nie degil.Lagi dilarang tulah lagi kita rasa nak buat.Yeah,that's true.Payahnya nak mujahadah supaya nafsu nie tunduk pada kehendak Allah,kan :(


Contohnya,solat.Solat tu kan doa.Bila kita solat automatic sebenarnya kita nie dah bermohon dan berdoa pada Allah.Doa tu kan memang dah senjata utama mukmin.Macam mane nak berjaya kalau tak doa?Kalau tak solat?Doa akan lagi ampuh la kalau kita sertakan dengan solat.


Orang yang ikut perintah Allah akan diberikan petunjuk.Bukan petunjuk yang Blue's Clues tu tau.Means that,kita nie on the right track la.Insya-Allah,DIA akan pelihara nikmat iman dan islam kita nie :) 


ohserikandi : mengingatkan diri sendiri dan orang lain jugak !







Tuesday 27 December 2011

Bukan Boleh Pilih Pilih !

Assalamualaikum semua :)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."


awal awal lagi Allah dah cakap masuklah ke dalam islam seluruhnya.agama islam kan agama fitrah,jadi apabila seseorang yang masuk islam sebenarnya dia telah pun kembali ke fitrah.alhamdulillah!


sekarang ni ramai orang cakap nak laksanakan perintah Allah tu kena step by step.nak solat kena ada keikhlasan.nak pakai tudung kena tunggu seru Allah.maaf,bukan tujuan untuk menghina apatah jauh sekali untuk mengutuk pakar pakar free hair kat luar sana.tapi,nak menyedarkan tentang realiti mematuhi hukum Allah.


memang,kadang kadang nak ikut segala yang Allah perintahkan tu terselit jugak perasaan tak senang hati,tak ikhlas dan bermacam macam lagi perasaan 'tak best' yang wujud dalam diri tapi kita kena yakin dengan janji Allah.syurga Allah itu tidak terbayang oleh kita,tau tak.


dah nyata nyata Allah cakap,syaitan tu musuh kita yang nyata,jadi perangilah dia.walaupun kita tak nampak,tapi mesti la kita kena susun strategi sebaik mungkin untuk perangi syaitan tu semua.salah satu darinya,bila kita ikut perintah Allah.


tak senang jadinya bila kita ni dok sibuk ikut perintah Allah dan laksanakan apa yang dia suruh.kita tak boleh amalkan Islam separuh separuh.yang mana nak aje kita amalkan,tapi yang mana tk nak reject!Allah dah seru..melaksanakan segala arahan Allah itu wajib!


ISLAM ITU MUDAH TETAPI BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN.ingat ye,semua hukum yang Allah dah tetapkan pasti ada sebab yang munasabah.kenapa Allah jadikan solat 5 waktu sehari semalam?ada sebabnya.kenapa bilangan rakaat dalam solat berlainan?pun ade sebabnya.setiap bacaan yang Allah suruh kita baca tu ade sejarah dan reason tersendiri.semua yang Allah buat untuk kita mesti ada hikmahnya.Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-NYA :)


seperti mana yang kita semua tahu,ISLAM ITU INDAH.Allah itu sukakan keindahan,itulah sebab kenapa yang ALLAH ciptakan hukum tu akan ada sebab yang indah indah.sweet kan ? ini tak habis habis sweet dengan pakwe/makwe,bila lagi nak sweet sweet dengan Allah kan?sweet dengan yang ajnabi itu dapat dosa,sweet dengan Allah dapat pahala.




keihklasan akan hadir apabila kita berusaha  melaksanakan apa yang DIA perintahkan.kemanisan dalam beribadah akan kita kecapi.nikmatnya berbuat amal akan kita rasai.Insya-ALLAH :)


Monday 26 December 2011

Kelebihan Surah Al-Insyirah



  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.
  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
kredit sini.

Saturday 17 December 2011

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!

assalamualaikum!




tugas kita sebagai hamba Allah selain jadi hambanya yang terbaik ialah saling tegur menegur sesama muslim.ingat!TANGGUNGJAWAB!permasalahan yg sering timbul apabila kita terima teguran@mmbuat teguran ialah :


"kau sendiri amal tak banyak,nak advice orang pulak"

"adik beradik kau sendiri solat tak cukup"

"umur baru setahun jagung nak nasihat orang pulak"

"kau bukan Mufti Negeri pun"

"heellloo..kubur sendiri sendiri,jadi dosa pun sendiri sendiri lah"

"Pendidikan Islam dapat A(-) dah sibuk nak tegur orang-


Ya,menangkis pendapat semua orang lebih lebih lagi pandangan masyarakat sekeliling amatlah payah dalam melaksanakan tanggungjawab yang satu ini.kecuali lah kan kuasa meletakkan Nur-NYA dan HIDAYAH ada pada kita.habis semua org kita letakkan NUR dalam diri mereka supaya terima jek teguran kita sedia ada.namun,siapalah kita hanya sekadar manusia yang kadang kadang juga goyah imannya,luntur rasa cinta pada ALLAH,hilang keyakinan pada perancangan Allah dan macam macam lagi pelbagai bentuk dan jenis perasaan yang kita alami.

jangan pernah kisah siapa yang menegur kita tetapi kisahlah tentang ilmu@nasihat yang disampaikan kepada kita.sememangnya lumrah manusia berbuat kesalahan.sebab itu ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG,KAN?cuba kalau ALLAH tu sebaliknya.alamatnya,manusia nie kerjanya berbuat salah aje lah kan tanpa ada sebarang pembaikan terhadap diri masing masing.

yer lah,masing masing dah set up dalam otak,kalau buat salah sure ALLAH TAK MAAFKAN.tapi,ALLAH LAGI TAHU.manusia sering alpa,lalai dan buat salah.sebab tu kalau buat salah cepat cepat mintak ampun kat ALLAH.DIA MAHA PENGAMPUN.INGAT TU.ALLAH SENTIASA BAGI KITA PELUANG UNTUK PERBAIKI DIRI HARI DEMI HARI.CUMANYA TERPULANG KAT KITA NAK BUAT ATAU TIDAK.NAK MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN ATAU TIDAK.

nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak tegur orang?nak tunggu dah kerepot besok baru nak advice org?ke nak tunggu diri jadi perfect baru nak nasihatkan org lain?nak tunggu jadi baik sepenuhnya baru tau nak baikkan orang lain?ada ke macam tu,pulak?sementara kita ada kudrat nie lah kita kena buat semua tu.nak tunggu kita nie perfect memang berjanggutlah jawabnya.kita nie memang setiap masa akan berbuat dosa,kan?sebab kita bukan maksum macam nabi.terpelihara daripada melakukan dosa memanjang.

katakanlah suatu hari nanti orang yang pernah menegur kita tu pun buat salah sama seperti kita jahil dulu,ini ujian Allah namanya.Allah nak uji seberapa cekap kita nak selamatkan orang tu balik.Allah nak uji betapa cekap kita guna balik ILMU DIA.paling penting,tanggungjawab kita untuk tarik orang tu balik ke jalan yg bnr.sanggup ke tidak?Hidayah Allah boleh datang dan pergi.Tak semua orang boleh dapat HIDAYAH nie.bukan beli satu free satu,ya!Hanya insan terpilih jek dapat.

menyorot kembali kisah Rasulullah S.A.W. masa Islam datang ke Mekah.Bapa saudara Baginda,Abu Talib penyumbang kekuatan utama dalam kerjaya dakwah beliau.tapi,pernah atau tidak kita terfikir dan berkira kira sendiri dalam hati kenapa Abu Talib sendiri tak masuk ke dalam Islam?ini kerana Allah tidak anugerahkan dia HIDAYAH-NYA.sebab itu nikmat paling mahal dan terindah ALLAH bagi kat kita ialah nikmat Islam dan Iman.Kita adalah insan terpilih.Bersyukurlah.

 memang kita sendiri pun tak banyak ilmu nak sampaikan kat orang.habis tu,kalau dapat ilmu baru takkan nak simpan sorang sorang jek?takyah share ke?takkanlah kita sekedekut itu kan?tak mungkin.kadang kadang ilmu yang sedikit itulah akan menjadi titik perubahan dalam kehidupan seseorang.perkara kecil itulah akan membawa impak besar dalam hidup orang lain.siapa tahukan?


dosa memang masing masing.tapi tu lah sebabnya kita kena tegur menegur.ingat-mengingati.dalam kubur kan kita sorang sorang.mane ada lagi orang lain nak bagitau kita tentang jawapan kepada persoalan malaikat mungkar dan nangkir tu.masa tu takde maknanya kalau nak terpekik terlolong mintak tolong,kan?takde sorang manusia atas bumi nie akan dengar rintihan kita kalau time kita kat bwh tanah sana.sekarang aje lah masanya.terimalah teguran orang lain seadanya.Insya-Allah,kita boleh!


Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.  (3)


lovenote;learning process :D

Masalah Datang Dan Pergi.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!


  Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)

penaja rasmi. 


problems.semua org pun ade.?kau?artis popular?artis tak berapa popular?semua ada.makcik kaya ke miskin semua ada.tak heranlah.haha :D:D


cuma bezanya masalah  besar ke sederhana ke kecik mcam kuman ke.ha,macam tu lah gamaknya!berbeza ikut kemampuan kita.kan namanya ujian Allah.tengok dan cuba fahami ayat kat atas tu.ujian Allah pada kita:
ketakutan

kelaparan 
kekurangan

jiwa

buah-buahan


so,meh  cuba ulas okey.jadi,dalam ayat-NYA.memang DIA dah nyatakan untuk bagi kita ujian-NYA dalam bentuk yang jugak ada dinyatakan.tapi,ada berita gembira lah kan untuk orang orang yang sabar untuk hadapi ujian DIA.


ujian Allah datang dan pergi.lepas satu,satu.betul?tapi,cuba kita renung kembali.itulah namanya resam kehidupan.itulah sebenarnya yang jadikan kita punya hidup ada mcam macam warna.pelangi kau jadinya.tak meriah gituu?best kan?


itulah perancangan Allah.sangat hebat.tak tertanding.masalah yang datang pada kita tu tak payah nak semak otak sangat utk pikir kan.percayalah.mesti ade jalan penyelesaiannya.kadang kdang masalah yang datang dan pergi silih berganti dalam kehidupan kita buat kita jadi lagi matang.betul tak?cuba ingat kembali.Insya-Allah.

jom bayangkan kehidupan tanpa masalah.bangun pagi pergi sekolah@kerja.on the way nak pergi tu,tak jammed pun jalan raya.lengang lagi tu.sampai destinasi dituju,tersepak orang,tak kena marah.tak kena pandangan badi badi nie.sekolah@kerja pun macam biasa aje.homework tak siap pun,cikgu relax aje.bos tak marah pun kerja  tak siap.

memanjang sehari suntuk tu dikatakan kau takde masalah lah.ishh..perkara nie berulang tiap tiap hari.selama bertahun tahun kau hidup sama jek rutin hidup .takde sebarang isu kena marah@marah org lain dalam hidup kau.tak best kan?takde pengalaman baru@kenangan@ilmu yang kau dapat untuk hari hari yang kau lalui.


alangkan baby yang baru berlatih jalan pun selalu jatuh jatuh.apa lagi kita.betul tak?tapi,masalah tu lah yg buat baby tu reti berjalan.dia atasi masalah tu.jatuh bukan masalah utama dia.


Allah bukan suka suka nak bagi kita masalah tu.semuanya bersebab.apa pun yang berlaku tu mesti ada hikmahnya.cumanya sama ada kita sedar @ nampak hikmahnya secara cepat@lambat aje.percayalah.Allah Maha Mengetahui.


macam kawan  sorang nie,dia cakap problems yang datang tu macam smash badminton je.smash kan alahai..sekejap jek kan.takde lah susah mane nak menangkisnye.berbekalkan doa,usaha,tawakal.semua pun boleh.jangan lah cakap ape pun tak boleh,ye!