CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 6 January 2012

Allah Itu Dekat :D:D

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah,kita masih berada di bawah naungan rahmat Allah untuk terus bernafas di muka bumi  ini yang segala-galanya adalah milik-NYA.Tahun 2012 sudah pun menjengahkan diri.Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.Insya-Allah,semoga kita semua diberkati DIA :)


Betapa indahnya ayat Allah,semua kata kata DIA memang untuk penyembuhan kepada hati hati yang sedang walang lagi berlagu pilu.Kadang kadang kita je yang buat endah tak endah,kan?Contohnya,ayat kat bawah nie,meh kita baca tafsir dia kejap.




Terjemahan ayat :Surah Al Baqarah ayat 186

Ertinya :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)


Dah terang terang Allah tu nyatakan dalam ayat nie memang DIA tu dekat dengan kita.Kerana,pernah suatu ketika pada zaman nabi ada yang bertanya di mana Allah.?Allah itu dekat.Sebab tu turunnya ayat ini.Bukankah ayat ini boleh menggembirakan hati orang yang lagi bersedih kerana permasalahan dunia?Jangan ragu ragu lagi di mana DIA.


Betapa Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kan,sebab dengan berdoa aje dia akan makbulkan doa kita.Oleh sebab itu,bermohonlah dengan dia.Nak berdoa bukannya susah mana pun.Doa je la pakai bahasa ape pun.Allah the Greatest sebab dia tu kan Maha Kaya lagi Maha Mengetahui,kan?Tapi mohonlah yang baik baik.Allah tahu yang terbaik untuk hamban-NYA.


Kadang kadang Allah tak bagi apa yang kita nak,tapi Allah bagi apa yang kita perlu.Contoh,kita mohon diberikan barang secebis kekuatan,Allah akan hadirkan sebuah ujian kehidupan buat kita.Kerana dari situ kita akan belajar camne nak atasi masalah tu dan secara tak langsung memupuk hati untuk terus bersabar dan bertahan sedaya upaya kerana yakin dengan-NYA.


Beriman kepada Allah means that kita kena ikut segala perintah dia.Mengikut apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarangnya.Tapi,selalunya kita nie degil.Lagi dilarang tulah lagi kita rasa nak buat.Yeah,that's true.Payahnya nak mujahadah supaya nafsu nie tunduk pada kehendak Allah,kan :(


Contohnya,solat.Solat tu kan doa.Bila kita solat automatic sebenarnya kita nie dah bermohon dan berdoa pada Allah.Doa tu kan memang dah senjata utama mukmin.Macam mane nak berjaya kalau tak doa?Kalau tak solat?Doa akan lagi ampuh la kalau kita sertakan dengan solat.


Orang yang ikut perintah Allah akan diberikan petunjuk.Bukan petunjuk yang Blue's Clues tu tau.Means that,kita nie on the right track la.Insya-Allah,DIA akan pelihara nikmat iman dan islam kita nie :) 


ohserikandi : mengingatkan diri sendiri dan orang lain jugak !







No comments: