CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 March 2012

Jalan

Assalamualaikum 
 
Apa khabar hadek hadek yang pastinya busy dengan homework yang banyak tahap gaban ? apatah lagi kalau anda seorang pelajar harapan dan juga kebanggan sekolah dan ibu bapa kan ^^     oopsss.serta masa cuti seminggu ini sudah tentu calendar ditanda dengan bermacam macam kelas tambahan buat memenuhi kesibukan harian sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini (:
lantas,percutian menyeronokkan penuh masyuk terpaksa dilupakan sementelah ibu bapa tidak perlu bersusah payah hendaknya memikirkan lokasi bercuti bagi tahun ini . huh.

oh,untuk para mahasiswa mahasiswi harapan bangsa agama dan Negara juga
 sudah tentu ada di antaranya yang bertungkus lumus siang malam tanpa mengenal erti jemu lelah menyiapkan assignment yang super banyaknya.apa lagi dengan exam yang bakal menjelang.ohh,kusutnya.serasa dunia nie berlalu begitu pantas tanpa sempat anda menghadamkan barang sesuap nasi dengan selesanya pun,kan ?

*kool je even busy seperti Encik Perdana Menteri.whahaa !



 sampaikan orang minta tolong ajarkan mana yang patut pun kita tak sempat kan.jawapan standard,busy.jawapan jaga hati,kau tunggu aku free nanti aku ajar kau.tunggu punya tunggu,akhirnya anda menyepi.si peminta tolong pun pasrah.mencari orang lain lagi baik bisik hatinya.

mungkin anda kena ingat balik sesuatu :


derma !atau sedekah ? yes,betul tu bahasa inggerisnya mungkin donation.entah,bukan pakar pun BI nie.hehe . atau pun bahasa canggih sikit nafkahkan harta yang ada ke jalan Allah :)
sedekah itu tak semestinya dalam bentuk :

wang ini ana yang punya.kahkah


Ilmu yang ada bukan untuk kita pakai sorangsorang.bukan untuk bermegah dada menandakan anda yang paling berilmu.ohhh.tidak ! tidak ! kita semetinya memberi sedekah mengikut kemampuan kita kan.lantas,jika ilmu yang ada,curahkanlah dan diniatkan kerana Allah.Insya-Allah,akan bertambah tambah ilmu yang ada.Kan Allah dah cakap tu.

Mungkin kerana berita atau pun paparan media massa baru baru nie mengatakan kebanyakan orang yang meminta sedekah itu hanyalah sindiket,lantas anda juga tidak mahu lagi bersedekah.kurang kepercayaan katanya.tiada tempat untuk menaburkan wang ringgit.bersedekah di jalan Allah tu ada di mana mana dan pelbagai caranya.paling mudah caranya masukkan sahaja wang ringgit anda ke dalam tabung masjid ! 

Ilmu tiada,wang pula cukup cukup makan ? jangan risau.anda masih boleh bersedekah.dengan cara paling mudah dan ampuh.Insya-ALLAH !berdoalah untuk sahabat dan orang orang yang anda sayangi.perkara mustahil untuk kita lakukan tp perlu kita lakukan : berkata kata secara penuh sopan dan mengeluarkan ayat sebaik  mungkin juga sedekah.
apa lagi ? mengalihkan sesuatu benda yang menghadang jalan juga sedekah.huuu.senangnya nak buat amal , nak dapat pahal,tapi....payahnya nak buat ? kankan.

syarat sedekah lagi best : jangan mengungkit dan jangan menunjuk.!tidak perlu memanggil para wartawan untuk memberitakan hal anda membersihkan jalanan yang penuh sampah.memanggil para photographer untuk mengambil gambar anda menurunkan ilmu yang baik baik kepada orang lain.menghubungi CNN untuk memberitahu bahawa anda baru sahaja mendermakan sejumlah wang dengan nilai 10 sen siap buat replika cek besar besar untuk menyerahkan wang derma kepada rumah anak anak yatim.tidak perlu ! sesungguhnya sedekah yang disembunyikan itu lebih baik,kan ? tidak mengundang riak dan takabur. tetapi,jangan lupa juga dengan ini.